CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

August 16, 2012

someone special :)


hye back . 
aku dah lama nak cite pasal someone nih . nama diaa . .. ermm takpe lah kita just panggil dia OPIE je :)
Opie nih gurl yea . *jangangatalnakmengorat.
aku kenal dia punn after aku dapat tahu dia couple dengan DIN time aku putus kejap ngan din harituh .
dia yang text aku , nak berkawan katanya . aku tak kesah pun . walaupun time tuh cemburu gila babeng wa cakap lu . but , sokay lah . then , after dia putus ngan Din pun kiteorang still contact  *walaupun time dia putus tuh aku gaduh ngan dia . dia selalu backup aku bila aku ada problemo dengan EX din yang lagi sorang * haih bape banyak ex din daaa . hoho . haha . panjang pulakk intronye , bukan nih tujuan asal aku . alahaiii ~

actually aku nak bagitahu satu dunia ! yang dia nih baik sangat ! even aku pernahh sakitkan hati dia ! but , dia sudi maafkan aku . even Din cakap bukan-2 kat dia . dia still nak backup aku . dia still nak amik berat tentang aku . woah ! aku selalu berharap dapat kawan macam nih . and yes , aku dapat . tapi lepas Din  marah dia semalam .Din cakap yang dia nak rosakkan relay aku. aku nampak perubahan dia . okayy . aku rindu opie dulu . :(  Opie ! sumpah , i tak pernah salahkan you . you sentiasa jujur ngan i . you tak pernah tipu i sekalipun . maafkan i sebab i tak mampu nak buat ape-2 . tapi i akan pstikan din takkan sentuh you ! I promise dear :') 

Opie , kalau lepas nih perangai you dah berubah , i tetap akan terima you as my friends :')


nih lah dia yang selalu buat aku happy . 

*suara dia comel tau <3 :)


konfius .


hyee there . minggu nih serius macam-II dugaan datang kat aku , ingatkan dapat kenal ngan adik angkat din kira takde lah aku nak curiga sangat ngan Din . rupenya tak . something yang lagi dasyat jadi . ohgodd .  . 

*tengok lahh ape dia tulis . 

time baca benda nih semua sumpahhh air mata aku tak stop untill aku nak pergi tusyenn . tuh punn tahan je . mata dahh lebamm . memang awesome lah kan . sebelum pergi tusyen tuh , kebetulan pulak si din tuh online . memang direct lah aku tanya . then dia call . dia cakap dia ngan budak tuh tak ada apa-II budak tuh yang syok sendiri . dia just mintak jadi ADIK ANGKAT . but that girl wants more than that . heyy , tak malu ke sayang , dah takde laki lain . *sabarputerisabar . 

Then , tadi aku IM member dia . 


see , member dia sendiri jugak yang cakap dia tuh SS je . tapi , aku takde lah nak percaya 100% kat Din . even aku sayang dia sekalipun . still ada curiga . okayy . tak bodoh lagi nak percaya semua cakap dia . hmm . And , yang din nih pun satu . kalau betul dia tak salah kenapa nak marah-II SA . b ! kau tahu kan SA tuh dah  aku anggap macam BFF aku je . dia yang selalu backup aku . but semalam kau pergi marah-II dia . nak lempang dia bagai . haih -.- penat lah macam nih . 

okay lah . mak aku dah membebel suruh kemas rumah . gtg ,. BYE ! 

August 10, 2012

August 08, 2012

rinduuu :/


hey peeps , sumpah ! bosan gile harinih sebab takdapat text dengan AI . sebab phone dia kene rampasss ! orang dah kata jangan bawak phone pergi sekolah . nak jugakkkk . humph ! petang tadi aku tidur jee , bangun-
II tengok ade 7 misscall . dia call guna phone rumah . then aku call lah no tuh balik . then adik dia yang angkat . aku tak pasti adik dia yang mana . SOFEA kott . 

dia : Hello nak cakap dengan siapa ?
aku : abang ada ?
dia : abang ? izzudin ye ? dia tidur . 
aku : ohh , oke-2 . terima kasih .
dia : kakak-II kejap ibu nak cakap dengan kakak ( errrr ~ agak gelabah disituuuuu )

then ibu dia pulak yang  sembang ngan aku .

ibu din : hello , sapa nih ? nak cakap dengan sapa ?
aku : nih puteri , din ada . 
ibu din : ohh , puteri , tak payah lah nak ber-pakwe-2 nihh . study dulu . . ( aku dah terdiam time tuh ) 
aku : okeyy makcik .
ibu din : haaa , puteri nak cakap ngn din yea . dia tidurlah puteri . 
aku : ohh , yeke ? okay-2 .
ibu din : okey lahh . nanti lah cakap dengan dia . byee . Assalammualaikum .
aku : okayy . Waalaikummussalam . .. tuttttt .

haha , serius , cuak jugak lah time sembang ngan ibu dia . :) but , ibu dia sporting . untunglahhhhh :D hewhew . aaaa ! aku dah dapat beberapa paper UB2 hari tuh . alhamdulilah ada A jugak . :D okay lah gtg . byee . assalammualaikum <3

August 06, 2012

nothing -.-


hye peeps , korang sihat ? lama sha tak hapdet kan . bukan taknak update . tapi BLOGGER mencabar kesabaran sha . penat-2 sha tulis bila post . hareem satu pun tak keluar :/ sedih tahuuu  . so sha merajuk ngan BLOG nih beberapa bulan . huhu . agak kejam disituuuu :D btw sha nak bagitahu , sejak sha couple balik ngan AI , sha tak tahu kenapa tiap-2 hari ade je benda kiteorang nak gaduh . asal benda kecik je . tapi gaduh macam masalah dunia . hm . sabar je lah . tapi Alhamdulilah , kiteorang gaduh takde lah lama sangat sampai berhari-2 bagai . setakat chill kan diri , pujuk hati masing-2 . then HYE SAYANG balik . heeee :D mane boleh tak text . rinduuuu kodddd ! hehe . 


sha takde idea nak story ape-II nanti if sha ade story ke , sha coret-II kat sini . bye peeps , love you !

July 29, 2012




heyyo ! dah lame tak hupdate blog kan ! rindu . haha . oke , aku sebenarnye nak cite pasal aku pergi BANDUNG . tapi seriously aku tak tahu camne nak cerita . sebab aku dah lupe >< sengal lah puteri ni kan ? haha . oke ! aku story sikid-2 je lah eyh . buad point lagi senang kud . hehe :)

Jumaat - 9 haribulan 12 ;)

  1. 12 tengah hari gerak ke LCCT :) then uruskan bag ,  pasport segale bagai to . kul 2.50 kiteorang dah gerak kea flight . then kul 3 lau tak silap aku flight dah mule gerak ~ :) seriously ! naik kapal terbang to tade lah best mane . hehe , tapi ! aku dalam flight mule-2 tu teruja lah jugak kan . al-maklumlah . first time naik flight kan . hehe . tapi dah setengah jam duk dalam to . bosan beb ! aku tidor jea ! dah lee 2 jam . oke kul 4.50 rasenye sampe le kami kat BANDUNG >< hee ~ sejuk kod kat sane !

update :)



hello stakers >< lame gila aku dah tak update blog . ade lah dekat sebulan kan . semenjak due tiga menjak nih aku busy lorh . dengan charger laptop rosaknye . memang tak bukak laptop lah . nih ayah baru beli baru lah dapat online . hehe :)

firstly aku nak cakap aku dah dapat handphone . hewhew <3


kuning tuh saye punyeee <3

2nd - aku tak ingat bile tarikhnyee . but time tuh memang happy sebab dapat mengecat kelas ngan kengkawan . memey dari pagi sampai petang lah kiteorang kat sekolah . syiokk . yang ade time tuh . jaf , rose , nabil , ecah , anissa , lyiana ,fazira and isma :) 





April 23, 2012

SAJAK :D



heyy peeps , wanna sharing " sajak " yang dikarang olah PUTERI NATASHA and NUR JAFIKA :D yang bertemakan " MASYARAKAT PENYAYANG "

SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH 

SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH ,
CUKUP SAMPAI DI SINI SAHAJA ,
HATI GELISAH , 
DICEMUH DAN DICACI ,
HANYA OLEH KEKURANGAN DIRIKU .

TEGARNYA DIRIMU MENARI DI ATAS TANGISANKU  ,
KAU PERMAINKAN HATIKU SESUKA HATI MU , 
MENGANGAGGAP DIRIKU . . . 
BAGAI ..... PATUNG TIDAK  MEMPUNYAI PERASAAN .

WALAU RAGA KU TAMPAK GEMBIRA ,
NAMUN HATI ALLAH YANG TAHU ,
KU MERINTIH DAN MENGADU KESEDIHAN DI MALAM HARI ,
TERBIT FAJAR , KU GAGAHI DIRI INI . . . . 
DENGAN MENGUKIR SENYUMAN DI WAJAHKU :')

SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH , 
CUKUP SAMPAI DI SINI SAHAJA ,
DARIPADA BATIN TERSIKSA ,
LEBIH BAIK KU PERGI SAHAJA ,
MEMBAWA DIRI DAN HATI YANG LARA INI.....
KE TEMPAT ADA KASIH SAYANG....
PADA DIRIKU YANG TIDAK SEMPURNA  ,
DI MATA MASYARAKAT :')

SEKIAN !!!!



April 03, 2012

SEDIH :(



aku dah putus dengan dia ! hm , i try to refresh back my mind . forget all the memory . even it is possible :( i'll try for my future . doakan aku kuat untuk lalui semua nih . " kumbang bukan seekor " hope , ade someone yang akan happykan aku balik . and make me back to life . semoga satu hari nanti ade seorang ADAM yang akan datang untuk mencari tulang rusuknye yang ada pada aku :') aku nekad taknak sedih depan kengkawan , coz diorang tak salah , nape aku kene tunjuk kesdihan aku kat diorang  nape sebab sorang laki aku kene moody ngan semua orang . biarlah aku seorang je yang rase kesedihan tuh . :'( 

p/s : for engkau yang dah sakitkan hati aku ! thanks ! aku hargai 11 bulan bersama engkau . aku halalkan duit yang aku kuarkan untuk kau ! hope kau pun same ! get happy with your choice ! :'( bye !

March 18, 2012

PENGORBANAN SEORANG KEKASIH :)




heyyo ! lame tak hapdet kan . tak tahu nak hapdet ape sebenarnyeeee . hari nih nak post pasal satu storyy nih . sweet sangat :)

layannn !

Awak pergi Kuala Kangsar semata untuk jumpa saya. Bak kata awak 'nanti saya tengok dari jauh je.. tak datang dekat.' Saya seronok sangat bila nampak kelibat awak dekat Arena Square tu. Masa saya sampai, awak tengah makan. Saya sempat tegur sekejap je, sebab lepastu saya kena masuk dalam tempat karnival tu. 

Kesian kat awak, sepanjang dekat Kuala Kangsar saya selalu buat perangai. Mesti tension kan? Mesti awak sakit hati je kan? Saya minta maaf. Tak terniat nak buat awak kecik hati atau sakit hati. Saya tengah panas dan rimas, sebab tu jadi cenggitu. Maafkan saya eh?
Balik dari Kuala Kangsar, awak pun nak ikut saya balik Kampar. Awak follow je bas yang saya naik tu. Tapi bila dah dekat Simpang Pulai, motor awak problem kan? Alahai, kesian kat awak. Walaupun motor problem sikit, awak tetap turun Kampar kan? Saya seronok sangat. Tapi saya cukup risau keadaan awak. Kesian awak...

Sampai dekat kedai makan tu, lama kan kita lepak? Sampai petang, kesian kat awak.. Mesti awak penat kan melayan karenah saya. Maafkan saya, saya cuma nak bermanja. Pukul 5, langit mula gelap menandakan bakal turunnya hujan. Kesian awak, setiap kali lepas jumpa saya, mesti awak balik berhujan. Saya risau sangat. Awak hantar saya balik rumah, terima kasih awak. Terus awak gerak balik Ipoh, tapi hujan lebih pantas melakukan tugas. Awak terperangkap kat terowong untuk masuk ke Batu Putih. Kesian awak.. Saya minta maaf. 

Awak, maafkan saya. Saya selalu menyusahkan awak. Selalu buat awak susah. Saya minta maaf... Ayat text awak betul-betul buat saya serba salah. Saya jadi tak tentu arah bila awak text cenggitu. Risaunya saya.

NO : "Tkpa  lah.. Biar saya sensorang duduk bawah terowong ni.. Biar saya sejuk sampai demam.."
NS  : "Awak, saya serius ni. Saya berhujan demi awak. Sat eh, saya datang.."

Saya tukar baju dan pakai tudung. Terus saya keluarkan basikal. Walaupun sebenarnya saya takut dengan guruh dan kilat. Saya tetap berhujan. Sebab nak temankan awak. Awak terperangkap hujan pun sebab saya kan, so saya pun akan berhujan. Fullstop!
Saya berhenti di bawah pokok, kemudian mula mengayuh dalam hujan kembali. Walaupun sakit muka gara-gara hujan hentam muka saya, saya gagahkan juga untuk teruskan perjalanan. Akhirnya sampai ke terowong. Saya sampai je, awak terus marah kan? Awak marahkan saya sebab degil. Sebab saya datang jugak kat situ. Sebab saya berhujan!

Tapi, saya nak awak tahu. Saya buat tu semua sebab awak. Saya sayang awak... Saya takan biarkan awak keseorangan. Okay? Menangis tau bila saya sampai, awak marah-marah saya. Dahla penat, muka pedih. Nak je saya baling kuali kat kepala awak tau. Then kita lepak Rakan Muda sebab kat terowong tu dah banjir. Kecut jari kaki saya tau. Kalau awak nak tau, saya hampir jatuh masa langgar satu lubang tu. Pastu, masa awak bawa motor rapat-rapat ngan saya. Duduk dekat Rakan Muda lagi sejuk. Menggigil badan saya ni. Tapi awak tetap nak hentam saya kan. huh!

Almost 30 minit juga duduk kat Rakan Muda. Banyak benda dibualkan. Walaupun dalam keadaan terketar-ketar dan kesejukkan. Awak buat ayat sedih je, bergenang mata saya. Tapi saya tahan, sebab saya tanak nangis time tu. Nanti jadi tak romantik dah. Bila hujan dah reda, awak balik dan saya pun balik....

Awak, terima kasih untuk segalanya. Awak sanggup pergi KK sebab nak jumpa saya, walaupun saya buat perangai. Awak turun jugak Kampar, walaupun motor problem. Awak temankan saya sampai balik, walaupun awan dah nak gugurkan titisan hujan. Awak, saya hargai sangat kedatangan awak. Terima kasih awak :')

Awak, saya sanggup redah hujan sebab nak temankan awak walaupun saya takut guruh dan kilat. Awak, saya rasa romantik sangat bila kita sama-sama berhujan. Yang bezanya, awak naik motor dan saya berbasikal. Kita gelak sama-sama masa kat Rakan Muda. Kita kesejukkan sama-sama. Lagi romantik bagi saya. Saya bahagia sangat :')

Mungkin saya tak boleh buktikan cinta saya pada awak melalui wang ringgit atau barangan berharga. Tapi, dengan apa yang saya lakukan untuk awak petang tadi. Itu tandanya sayang saya pada awak sangat berbeza dari orang lain. Saya ikhlas terima awak dalam hidup saya. Walaupun awak kata awak selalu nyusahkan saya. Walaupun awak kata awak tak guna. Tapi pada saya, awak sangat bermakna. Saya harap hubungan kita kekal selamanya. Amin~ :')
 

sweet kan diorangg :) hope NO and NS kekall :D

p/s : hope jugak aku ngan dia kekal :')

February 06, 2012

me love him !



HELLO <3 malas nak story . nak share gambar jea :D hehuu :)

#last kiss from him sebelum balik <3

#time aku nak suapkan dia . hehe ><

#aku melantak sorang-2 , hew hew .

nota hati : gambar dia tade sebab tak sempat nak snap . . ><' kbai !



February 03, 2012

:'(




hm , aku sedih gile dengan perangai DIN sekarang . AKU NAK DIA YANG DULU ! hm , sekarang nih mata aku tak kering dengan air mate . sikid-2 nak nages ! haih ! sejak bile aku jadik cewek nih . . . YA ALLAH ! KUATKANLAH HAMBA MU INI . AKU TAK LARAT NAK LALUI SEMUA NIH DAH , PERIT GILE ! hm  :'(

nota hati : b ! i love you so much ! syg nak bie yang dulu ! :( 

January 28, 2012

26 january 2012




heyyo my stalkers :) aku happy gilaa beberape hari nih sebab hasrat aku nak jumpe dengan dia dah tercapai . alhamdulilah :') hee , okayy , actually kalau di'ikutkan tak jadi sebab takde sape nak hantar aku ngan mimi pergi jusco . tapi , naseb baik ade jiran yang bawak teksi . so , dia boleh tolong hantarkan :) heee >< time tuh aku happy gile . padahal tak jumpe lagii . hee . esokknye tuh , aku bangun awal . tapi tidor bangon , tidor bangon . sebab mimi tak bangun-2 lagii . dalam kul 9 lebeh baru aku start bersiap . mandi segale bagai . then dalam pukul 11.45 gerak dari rumah mimi . sampai sane dalam pukul 11 kodd . aku lupeee --' time sampai tuh jalan-2 kejap ngan mimi sementara nak tunggu dia datang . then dia text , dia kate tunggu kat starbucks . tunggu jee lee . time tunggu tuh macam-2 perasaan muncul . takut , segan sume ade . yee lee first date lah katekan . hoho . dalam pukul 12 macam tuh lah dia sampai dengan shira and shekynn . dia sampai terus dia sua tangan dia kat aku suruh salam . aku sambut jee lah tangannye . then teros g tengok tiket :) kiteorang beli ticket cerita SUMPAHAN KUM KUM . heee .

sementara nak tunggu wayang tuh start . dia tanye . nak pergi tutti ke ? aku cakap " ikut dia lah " then dah due-2 oke , kiteorang jalan kee tutti frutti . penatt lah jugakk . tapi macam kak nasha cakap . kalau jalan ngan pakwe , mane nak terase penatnyee >< hee . dia dah mengeluhh . panas . .  haha , sabo jee lee . then sampai tutti . dia yang amik semua . aku tengok jee . lepas bayar . cari tempat . then mulee lah suap menyuap . haha . first time pakwe suapkan aku :) then aku suapkan dia balik . and then , lepas makan kiteorang terus menyeberang je , malas nak ikut jejantas dah . time tuh lah baru dia pegang tangan aku. :') kiteorang terus ke cinema :) dari mule start cerita tuh sampai lah ending kiteorang pegang tangan , hee , yang dia duk main bibir aku . guneee jari yeaaaa , bukan bibir ke bibir . hahahha . ><' 

then , kiteorang jalan-2 . pergi makan mcD , pergi beli buku rujukan aku :) main racing car . heee . then , jalan-2 mak long dia call . mak long dia ade dekat starbucks . hoho . kecut perut lah jugak . then dia suruh aku tunggu kat atas dia pergi jumpe maklong dia , last-2 dia call suruh turun . time tuhh cuak gile ! tapi ikut je lah . macam-2 maklong dia interview aku " korang ny cinta monyet ke , cinta sejati ? " heee . salah satu soalanyee lahh . pastuh mimi call suruh datang dekat dia . pergi je lah kat dia . jumpe teha dengan liana . << aku tak berape kenal yang sorang nih . :) then , takpe lah . mimi nak pergi bus stop . nak hantar teha dengan liana . time aku nak ikut diorang din cakap uchu dia nak jumpe . and ade nenek and atok dia . tapi diorang sume sporting , :) naseb baik :) heehuuu . then salam-2 mimi call ajak balik . dia hantar aku sampai bus stop . aku cakap aku boleh pergi sendiri. tapi dia nak hantar jugak . takpe lah . then , sempat lah snap gambar . tapi gambarnye takde kat aku . ade kat mimi . kene tunggu dia upload lah gamaknyee :) and , hadiah terakhir dari dia ,. kiss kat pipi aku sebelum balik :) b ! i love you ! thnxx for everything ><' muahhh ! :*


p/s : tuh je lah , mesti bosan kan . aku bukannye reti menulis , hahha . fakta yea ! btw , babai . ME LOVE MY BIE ! AHMAD IZZUDIN !

January 24, 2012

:'(




First of all , aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kawan-II yang menyambutnye :) 



simcard aku hilang weyh ! sumpah aku menangis bile check purse and sim card tade . sayang gile weyh sim card tuh ! no tuh lah yg selalu aku gune tuk text dengan dia . otp dengan dia sampai berjam-2 . whoa ! hari nih aku nak beli sim card baru jugak kalau boleh ! dah 2 hari aku tak contact dia . tadik baru aku dengar suare dia sebab nak kasi tahu yang sim card aku hilang . naseb baik dia tak off phone . kalau tak meraung lah aku ! esok nak pergi shah alam . and ! hope sangat dapat jumpe dia . SHIRA yang omey and baik hati tuh nak ambil aku dekat Plaza Alam Sentral naik bas :) mintak-mintak lah semua berjalan dengan lancar . amin :) 



notahati : time aku bagitahu yang sim card aku hilang dia menjerit . omeyy jea. haha >,<

January 19, 2012

19 JANUARY 2012



hello peeps >< ape khabar ? sihat ? --' aku sihatt jea :D hee , tapi tak pergi sekolah :) sebab pagi tadi hujan lebat gile , mak aku malas hantar :) so , TER-pakse lah ponteng kan . haha . okayy-2 . stop-3 ! actually  aku tulis post nih aku nak bagitahu yang hari nih genap 9 BULAN aku dengan DIN couple . lame kan ? aku tahu korang lagi lamee kan --' tak kesah punn . janji aku bahagia dengan dia ! even tiap-2 hari gado-2 manje . but, kiteorang still bahagia ><' 

bie ! kite mintak maaf kalau sepanjang kite couple nih kite banyak buat salah . kite banyak marah-2 , cemburu-2 ! kite macam tuh sebab kite sayang dia ! :) hope relay kite kekal kan dear ! I LOVE YOU MORE AND MORE B ! muuuuuuaaaaaaahhhhhh ! :*

notahati : hope relay korang-2 punnn kekal jugak ><  babai ! 

January 16, 2012

segan =='



Serius hari nih bosan woo ==' homework banyak , tapi >< idea tak mai-2 . lepas hapdet baru buad homework :) \

hari nih nak hapdet sikidd , hee ~ petang semalam kan , aku call lah AHMAD IZZUDIN . sebab nak ajak dia online . then , dia angkat . pastuh aku ajak lah dia online , dia cakap dia tengah makan . tape lah . and then , tibe-2 perempuan pulak yang cakap dengan aku . aku ingat kan SHIRA . rupe-rupenyee . IBU DIN . haha . sumpah segan doh . ibu dia tanye " kata tak pakai phone " and then aku pun jawab lah , " gune nombor emak " " mak tak marah ke ? " " takde lah , dah mintak dah " " oke-2 , nak cakap ngan izzudin ke ? " <<<< time nih SUMPAH segan ! tak pernah aku sembang ngan ibu pakwe seniri . hee >< terima kasih ibu din sebab tak marah puteri >< sayang aunty :) upss . heee :)



nih lah ibu dia yang omeyy-2 gitu ><



nota <3 : BIE ! I LOVE YOU ! JANGAN CURANG YEA DEAR !




January 05, 2012

I LOVE MY MUNCHY'S




heyhey you all ! ape habaq , sehat ke ? ape-II pun aku doakan korang sehad-II sejahtera :) okayy , hari ni hari kedua sekolah start . and aku dapat kelas SAINS . alhamdulilah . tapi ! takut jugak nak bawak subjek-II elektif tuh . BIO , KIMIA , FIZIK . ADD MATH . hm . hope aku dapat bawak subjek-II ni kan ? aku ingat nak tambah lagi satu subjek . subjek akaun . al-maklumlah , cite-2 aku kan nak jadik ACCOUNTANT . hehe . kene lah belajar account kan . :) hee . cikgu-II tahun nih boleh lah . >< hehe . okeyy ! stop pasal sekolah ! nak cite lain pulak ! tadik ! kat fb DIN ade post something kat wall dia yang memang buat aku nak nangis sebab terharu . hee . nak tau ape dia bagi . heee


*click untuk tumbesaran ><

aku sayang dia sangat-2 . aku harap sangat dia dapat bahagiakan aku :) dan aku akan bahagia kan dia ! bile lah kite dapat first date kan b ! tapi kalau couple jauh-2 ni best ape . baru lah rase rindu . kalau couple dekat , asyik menghadap  mukee couple jea . kan bosan nanti >< tapi aku tak pernah bosan ngan AHMAD IZZUDIN ! hehe

* nih pesanan wani !  wani tengs yea !

* post terbaru :) nanti kalau kite jumpe sayang belanje awak ye b ! muah !


oke lah! that's all for today . lepas nih myb jarang update kud . sebab H/W mesti lah akan banyak . and malas nak pikir idea nak update , hehe . okyy lah babai , as'salam ><

notahati : aku takkan sakitkan hati orang yang bahagiakan aku :')







January 01, 2012

SELAMAT TAHUN BARU !



hello peeps ! SELAMAT TAHUN BARU SEMUA ! goodbye 2011 and welcome 2012 =>



Tahun baru mesti azam baru kan . so , azam aku tahun 2012 ni ialah , jeng, jeng , jeng , haha , 

  1. nak pakai tudung teros ! taknak on off dah ! tapi dlm rumah bukak lah kan . hee
  2. nak belajar elok-2 sehingga berjaya dunia dan akhirat !
  3. nak lupekan kisah lame yang menyedihkan ><
  4. nak happy ngan my only one AHMAD IZZUDIN !
  5. nak sembahyang lima waktu taknak tinggal-2 dah kecuali ABC , ><

tuhh azam aku tahun ni  ! korang ? btw , ape-II pun azam korang , jangan buad sekerat jalan sudah , ni untuk peringatan semua , and untuk diri aku jugak . And ! aku nak mintak maaf kat sape-II saje lah kan kalau tahun lepas aku ade buad salah , TER-lepas cakap , TER-kutuk belakang-II and ape jenis ter lah kan . >< aku mintak maaf k ! oke lah , nak off . HAPPY NEW YEAR ><

notahati : saye harap awak dapat bahagiakan saya dunia dan akhirat. amin !